25 September 2012

Pengalaman Berharga Di Hari Pertama



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Pada hari pertama memasuki kursus ini di bawah seliaan Dr Siti Fatimah telah memberi suatu pengalaman yang bermakna kepada diri saya. Hal ini demikian kerana banyak perkara yang baharu dapat saya pelajari berkaitan ilmu berkomputeran. Untuk makluman semua, sebelum ini saya tidak diajar secara holistik atau mendalam ilmu berkaitan komputer.

Dalam kursus ini, saya telah ditempatkan dalam kumpulan 3 iaitu S1K3. Ahli kumpulan saya seramai 11 orang sahaja yang mana ahlinya terdiri daripada pelajar Program Pendidikan khas Dan Pendidikan Sukan dan Rekreasi.

Setelah memasuki kursus Komputer Dalam Pendidikan, saya dapat belajar banyak ilmu berkaitan komputer berdasarkan "PROFOMA" yang menjadi garis panduan sesi pembelajaran kami minggu ke minggu. Semoga saya dapat menimba banyak ilmu dan pengalaman seterusnya menjadi mahir dalam ilmu komputeran.

Semoga Allah s.w.t memberkatinya..Insyallah..

No comments:

Post a Comment