27 November 2012

Cara Belajar Mic Excel

CARA UNTUK MENGGUNAKAN MICROSOFT OFFICE EXCEL

  1. Mula-mula klik start seterusnya klik pada Microsoft Office Excel.
  2. Setelah laman microsoft dibuka, tulis maklumat yang perlu antaranya, nama pelajar, markah, mata pelajaran, jumlah dan gred.
  3. Kemudian buat jadual gred markah di sebelah kiri. Untuk menamakan jadual tersebut highlight jadual tersebut dan klik Formula.
  4. Kemudian klik pula pada Difine name dan isi perkataan "gred" pada Name untuk menamakan jadual tersebut. Kemudian klik OK.
  5. Untuk menentukan gred markah, klik pada ruangan sebelah markah, kemudian klik pada formula dan klik Insert Function. Selepas itu pilih VLOOKUP dan klik OK.
  6. Langkah seterusnya klik pada markah yang berada di sebelahnya. Kemudian isi "gred" di petak table_array, "2" di petak col_index_num dan perkataan "true" di petak range_lookup. Kemudian klik OK.
  7. Bagi memberi gred untuk markah di bawahnya, anda hanya perlu highlightkan petak dari petak yang telah diisi gred tadi sehingga ke petak terakhir, kemudian klik. Gred setiap markah akan keluar. Contoh seperti di bawah.
  8. Untuk mendapatkan gred bagi matapelajaran yang lain buat seperti langkah 7 di atas.
    Hasilnya seperti rajah di atas.
  9. Manakala berikut adalah langkah untuk menentukan bilangan pelajar yang mendapat a,b,c,d dan e. Mula-mula klik pada ruangan sebelah bilangan A, kemudian klik fx dan pilih pada COUNTIF.
  10. Langkah selepas itu, lengkapkan ruangan range dengan cara klik pada gred bermula dari atas sehingga ke bawah sehingga timbul garisan putus-putus. Manakala pada ruangan criteria pula masukkan gred yang hendak dijumlahkan. Sekiranya bilangan A yang anda hendakkan, maka tulislah "A" di ruangan tersebut. Selepas itu klik OK. Dan begitulah seterusnya.

Refleki Pembelajaran Minggu Ke 10 (c)


Kenali RGB & CMYK

Dalam dunia reka bentuk ada 2 bentuk unsur warna iaitu CMYK dan RGB. Apa persamaan dan perbezaan antara kedua-dua jenis  warna tersebut dan apa hubungannya dalam reka bentuk grafik. Mari kita teroka i lebih jauh terperinci dan kelebihan serta kekurangan kedua-duanya supaya kita lebih faham mana yang harus kita gunakan waktu mereka bentuk :) 

1) Warna CMYK

  • Warna Proses / Empat WarnaCMYK adalah singkatan dari Cyan-Magenta-Yellow-blacK dan biasanya juga sering disebut sebagaiwarna proses atau empat warna .
  •  CMYK adalah sebuah model warna berasaskan pengurangan sebahagian gelombang cahaya (substractive color model) dan yang umum digunakan dalam pencetakan berwarna. Jadi untuk menghasilkan semula imej sehingga dapat dicapai keputusan (relative) sempurna diperlukan sekurang-kurangnya 4 Tinta iaitu: Cyan, Magenta, Yellow dan Black. 
  • Keempat dakwat tersebut disebut Tinta / Warna Proses. Tinta Proses adalah dakwat yang digunakan untuk menghasilkan semula warna dengan proses teknik cetak tertentu, seperti offset lithography, rotogravure, Letterpress atau sablon.
  • Berbeza dengan Tinta yang hanya digunakan satu lapisan (single layer), kerana dakwat yang digunakan dapat ditumpuk-tumpuk, maka sifat dakwat proses harus memenuhi standard tertentu, seperti spesifikasi warna (dalam model warna CIELab) dan nilai Opacity / Transparency.  

 2) Warna RGB RGB 
  • singkatan dari Red - Blue - Green adalah model warna pencahayaan (additive color mode) digunakan untuk "input devices" seperti scanner mahupun "output devices" seperti display monitor, warna-warna primernya (Red, Blue, Green) bergantung pada teknologi alat yang dipakai seperti CCD atau PMT pada scanner atau digital camera, CRT atau LCD pada display monitor. 
  • Apabila (Red - Blue - Green) ketiga warna tersebut digabungkan, maka terciptalah warna putih inilah mengapa RGB disebut 'additive color' atau bahasa perubatannya 'warna pencahayaan'. Warna RGB merupakan prinsip warna yang digunakan oleh media elektronik seperti televisyen, monitor komputer, dan juga scanner. 
  • Oleh kerana itu, warna yang dipaparkan RGB selalu terang dan menyenangkan, kerana memang di setting untuk display monitor, bukan untuk cetak, sehingga lebih leluasa dalam bermain warna. Tapi bukan bererti RGB tidak masalah kerana paparan warna RGB akan sentiasa terikat dengan kapasiti / kemampuan grafik computer yang menyandangnya. 
  • Jadi apabila komputer yang kita pakai mempunyai graphic card yang bagus serta monitor LCD, maka paparan warna RGBnya akan jauh lebih bagus berbanding monitor tabung dengan graphic card yang biasa-biasa saja.
kad namakad nama

Perbezaan antara RGB & CMYK

RGB
· Red Green Blue (merah, hijau, biru)
· RGB merupakan warna-warna primer yang digunakan pada monitor
· Jadi RGB lebih digunakan untuk reka bentuk yang nantinya dipaparkan ke media skrin monitor
· Jika warna RGB di campur semua, akan menghasilkan warna putih

CMYK
· Cyan Magenta Yellow Black (orang awam bilang biru, merah, kuning dan hitam)
· CMYK merupakan warna-warna primer yang paling banyak digunakan pada printer
· CMYK lebih digunakan untuk reka bentuk yang nantinya dipaparkan ke media cetak
· Jika warna CMY di campur semua, akan menghasilkan warna hitam

Kesimpulan:
  • Untuk hasil terbaik percetakan:, gunakan warna CMYK 
  • Kenali semua ciri-ciri peranti anda (scanner, printer, monitor dll) dengan baik. + Untuk reka bentuk web dan reka bentuk grafik (output monitor) -
  •  Gunakan warna RGB - Biasakan mengerjakan dalam ruang cahaya yang terkawal. mengerjakan disain pada siang dan malam hari juga menghasilkan perbezaan warna yang berbeza (terutama untuk RGB). Dengan warna RGB maka paparan warna akan lebih kaya dan menarik. 
  • Namun apabila berkaitan dengan dunia percetakan / menggunakan mesin cetak maka gunakanlah warna CMYK kerana mesin cetak menggunakan medium filem yang sangat terhad dalam mencerna warna. Namun juga mempunyai kelebihan kerana mesin cetak berkaitan dengan mass production (pengeluaran dalam jumlah yang besar) jadi lebih berkesan dan menjimatkan wang & masa.Oleh kerana itu pasti ada penurunan kualiti / grade apabila warna RGB dipaksakan masuk filem / Percetakan (perubahan warnanya boleh besar) . 
  • Seandainya sudah buat FA (Final Artwork) untuk cetak tapi dalam color mode RGB maka boleh penukaran saja dulu ke CMYK, tapi jangan terkejut dengan perubahan warnanya. Jadi berhati-hatilah dengan color mode yang digunakan dalam sebuah reka bentuk. 
  • Tentukan dulu apakah untuk cetak atau untuk display dan Check dengan hati-hati final artworknya agar tidak terjadi kesalahan. Terima kasih, semoga bermanfaat sampai ketemu di artikel reka bentuk grafik selanjutnya hanya di ilmu Grafik

Rujukan; 
http://www.ilmugrafis.com/artikel.php?page=perbedaan-persamaan-cmyk-rgb 



Refleksi Pembelajaran Minggu Ke-10 (b)

Sambungan.........

GIMP??


The GNU Image Manipulation program atau GIMP adalah salah satu aplikasi open source yang boleh digunakan untuk membuat dan mengedit gambar. Fungsi GIMP sendiri sangat mirip dengan Photoshop sehingga begitu menggunakannya tidak terlalu sukar jika anda sudah terbiasa dengan photoshop. Aplikasi ini juga menyediakan banyak plugin sehingga cukup mudah di gunakan.
Contoh mudah mengedit sebuah foto menggunakan GIMP sebagai berikut:

Buka aplikasi GIMP

Akan terdapat jendela Toolbox dan layers, channels seperti gambar diatas, gunakan fungsi croppada toolbox untuk memotong foto sesuai dengan keinginan. Dekatkan kursor pada masing-masing icon di toolbox tersebut untuk mengetaui kegunaannya masing-masing.

Meresize gambar

Pada menu Image pilih scale image , lalu sesuaikan besar gambar yang anda inginkan seperti dibawah ini selepas itu pilih scale .

Mengedit warna gambar

Mengedit warna gambar boleh di lakukan dengan memilih menu Color , disana akan terdapat pelbagai menu untuk mengedit warna mulai dari menetapkan kurva warna, brightness & contras , serta pemberian warna mengikut keinginan.

Memberikan Bingkai pada gambar

Masuk ke Menu -> FIlter -> Decor -> Add Border , kemudian sesuaikan berapa tebal bingkai yang diingini serta warna bingkai tersebut.

selain itu anda juga boleh memasukkan watermark pada gambar tersebut dengan memilin icon "A" di TOOLSBOX

Menyimpan Gambar yang telah selesai diedit

setelah selesai mengedit gambar tersebut ketika menyimpannya anda kana di minta beberapa soalan seperti screenshoot dibawah ini:

Hasil editing gambar


Cara Membuat Logo Guna GIMP
Membuat logo syarikat atau organisasi memang "susah-susah gampang" kerana selain perlu membuat sesuatu yang eye catching juga harus pintar dalam memilah warna dan bentuk logonya.Pembuatan Logo di GIMP tidak berbeza jauh dengan aplikasi gambar yang lain. Ini adalah contoh pembuatan logo sederhana.
  • Buka GIMP dari Application -> Graphic -> Gimp
  • Masuk ke File -> pilih New -> lalu customize sesuai dengan besar gambar yang diinginkan -> Setelah itu Klik OK
  • Klik icon A untuk menulis Logo, sesuaikan font dengan keinginan atau warna dari organisasi atau syarikat anda. Jika font yang anda inginkan tidak terdapat di default font gimp, sila baca artikelbagaimana menambah font pada gimp .
  • Sesuaikan besar huruf yang dikehendaki dan tata letak dari huruf tersebut.
  • Insertkan sebuah gambar jika diperlukan, gunakan hand-draw untuk memotong gambar tersebut jika memang tidak mahukan background gambar disertakan.
  • Aturlah susunan huruf dan gambar agar lebih enak dilihat.
  • Sebaiknya logo yang dibuat mempunyai makna baik dari susunan warna mahupun peletakan hurufnya.
  • Beikut adalah contoh imej yang dibuat dengan gimp dan menjadi logo rasmi dari pakelinux.com

**Contoh Logo
Rujukan; 



Refleksi Pembelajaran Minggu Ke-10 (a)




Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt kerana kita dapat bertemu lagi pada sesi pembelajarn buat Minggu ke-10. Untuk pengetahuan semua, saya dan rakan-rakan telah diajar oleh Dr Siti tentang '2D Graphic Editing Sofware'. Sebelum ini, saya boleh dikatakan tidak tahu secara total berkaitan '2D Graphic Editing Sofware'. Melaluinya, saya telah diperkenalkan dengan dua jenis 2D Grafik iaitu Bitmap dan Vector serta pelbagai jenis format grafik yang digunakan.

Sebelum itu, saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan semua tentang Bitmap dan Vektor. Selepas itu saya akan kongsikan tentang beberapa jenis format imej beserta dengan ciri-ciri dan pengaplikasiannya.

Apakah Itu Bitmap dan Vektor?

BITMAP

  • Adobe Photoshop adalah contoh perisian yang menghasilkan grafik bitmap atau juga dikenali sebagai imej raster. Grafik bitmap dipaparkan menggunakan grid (juga dikenali sebagai bitmap atau raster) yang dibentuk daripada kumpulan segiempat kecil (piksel).
  • Setiap piksel terletak di lokasi spesifik and mempunyai warna tertentu. Contohnya seperti grafik tayar basikal di dalam format bitmap terbina daripada kumpulan piksel yang banyak dan terletak di lokasi tertentu.
  • Penggunaan bitmap imej sebagai medium untuk imej seperti fotograf atau imej yang direka di dalam perisian grafik adalah biasa kerana ia dapat memaparkan tona warna (gradient) dengan baik. Imej bitmap bergantung kepada resolusi - imej bitmap memaparkan jumlah piksel yang tertentu
  • Imej bitmap akan kelihatan kabur jika diubah kepada saiz yang lebih besar di atas skrin atau dicetak untuk resolusi yang lebih tinggi daripada resolusi asal.
  • Ciri-ciri asas Bitmap;
                - Gambar kurang jelas ketika di perbesar
                - Tersusun atas titik-titik/dot
                - Ukuran File yang dihasilkan besar
                - Kualitas grafis bergantung dari banyaknya pixel 

VEKTOR
  • Grafik vektor terbina daripada garisan-garisan yang mengikut istilah matematik - vektor. Vektor menggambarkan grafik mengikut rupabentuk geometri grafik tersebut. Sebagai contoh, sebiji tayar basikal di dalam format grafik vektor terbina daripada definisi matematik di mana sebuah bulatan dengan radius tertentu, ditetapkan pada lokasi tertentu, dan terisi dengan warna tertentu. Grafik tersebut boleh dialih lokasinya, diubah saiznya, atau ditukar warnanya tanpa kehilangan kualiti grafik.
  • Grafik vektor tidak bergantung kepada resolusi - grafik boleh diubah saiznya dan juga dicetak di atas mana-mana pencetak tidak kira berapa resolusinya tanpa kehilangan kualiti grafik tersebut.
  • Ciri-ciri  asas Vektor;


                 - Gambar tetap jelas ketika di perbesar
                - Tersusun oleh garis dan kurva
                - Ukuran File yang dihasilkan kecil
                - Kualitas grafis tidak bergantung dari banyaknya pixel




Jenis-Jenis Format Fail Imej/Grafik

Biasanya bagi penggunaan grafik di dalam internet, sambungan atau format fail yang biasa digunakan ialah GIF (Graphic Interchange Format) dan JPEG (Joint Photographic Expert Group).


1)      GIF (Graphic Interchange Format)
·         Format GIF biasanya menggunakan kaedah pemadatan algoritma dan ia merupakan salah satu cara yang paling mudah dan berkesan bagi tujuan memadatkan sesuatu data dalam sistem komputer. Piawaian jenis ini telah dibangunkan pada tahun 1987 oleh CompuServe iaitu salah sebuah syarikat yang memberi perkhidmatan papan buletin (bulletin board) yang terkemuka.

·         Format penyimpanan fail grafik secara GIF sering digunakan untuk menyimpan grafik asas seperti ikon, butang, garisan atau imej-imej yang berbentuk kartun.

·         Fail yang menggunakan format GIF menggunakan format grafik 8 bit yang mana ini bermakna ia mampu memaparkan imej sehingga 256 warna yang berbeza. Ini membolehkan satu fail yang kecil dihasilkan dan ini merupakan antara faktor kenapa imej berformat GIF sering digunakan bagi tujuan pindah terima memerusi talian internet.

·         Walaupun imej GIF agak kecil dan tidak memerlukan masa pemindahan terima yang tinggi namun ia mempunyai satu kelemahan ia itu tidak boleh digunakan bagi grafik yang mempunyai lebih dari 256 warna.


2)      JPEG (Joint Photographic Expert Group)
·         Format jenis ini direka untuk memberikan kesan yang lebih baik daripada GIF dalam sesetengah keadaan. Ini memandangkan JPEG menggunakan teknik pemadatan algoritma yang lebih baik berbanding dengan GIF dan sekaligus menghasilkan satu fail grafik yang saiznya lebih kecil dan padat berbanding GIF

·         Salah satu kegunaan utama fail berformat JPEG ini adalah untuk menyimpan fail bagi gambar sebenar. Ini adalah kerana JPEG mampu mengendalikan imej-imej yang mempunyai kedalaman warna yang tinggi (sehingga 16.7 juta warna) tetapi dalam masa yang sama ia tidak memerlukan ruang storan yang terlalu besar.
3)      BMP (Bitmap)
·         BMP merupakan antara format fail yang paling lama wujud iaitu sejak sejak kemunculan sistem pengoperasian Microsoft Windows 3.0. Ia sesuai untuk menyimpan grafik dalam kualiti yang tinggi kerana ia tidak cuba untuk memadatkan sesebuah imej tersebut. Ini menyebabkan kebanyakan fail grafik yang menggunakan format ini mempunyai saiz fail yang agak besar.
·         Kelebihannya, kebanyakan perisian grafik yang asas boleh menerima format fail ini.

4)      TIFF (Tagged Image File Format)

·        
TIFF telah dibangunkan oleh Aldus Corporation pada tahun 1986 dan ia khas digunakan bagi tujuan menyimpan fail imej yang dihasilkan oleh peranti-peranti seperti pengimbas imej (scanner), frame grabber ataupun perisian-perisian grafik. 

·         Kini ia merupakan antara piawaian atau format fail grafik yang serbaguna dan diterima dengan meluas bagi tujuan-tujuan mengubahsuai bagi imej-imej warna, hitam putih dan sebagainya.

5)      PICT
·         PICT merupakan format fail yang sering digunakan pada komputer jenis Macintosh. Ia bukanlah merupakan acronym (singkatan) daripada mana-mana perkataan. 

·         Format fail ini muncul kali pertama pada tahun 1984 dan diperkenalkan oleh sebuah perisian grafik iaitu MacDraw. 

·         Format fail ini sesuai untuk kerja-kerja persembahan, paparan pada skrin mahupun untuk kerja-kerja video digital. Format PICT boleh digunakan bagi tujuan penyimpanan fail bitmap mahupun vektor.

6)      TGA (Targa)

·         TGA merupakan format grafik yang pertama mampu menampung imej dengan resolusi yang tertinggi (24-bit atau 16 juta warna). Ia juga sering digunakan dalam penghasilan video digital dari imej statik.

7)      EPS (Encapsulated PostScript)

·        Merupakan format fail yang piawai bagi menyimpan ilustrasi PostScript yang mempunyai resolusi yang tinggi. 
·         Format jenis ini juga sesuai digunakan bagi meyimpan imej pada komputer yang menggunakan sistem Macintosh mahupun Windows bagi tujuan persembahan secara elektronik.

8)      WMF (Windows Metafile Format)

·         Format ini digunakan bersama – sama dengan sistem pengoperasian Microsoft Windows dan sering digunakan bagi menyimpan imej jenis vektor terutamanya “clipart”. Imej yang mempunyai format ini kurang digunakan kerana tidak banyak sistem komputer perisian yang menyokong format fail jenis ini.

Kesesuaian Penggunaan GIF Atau JPEG
      GIF atau JPEG Mungkin ramai yang sudah mengetahui jenis format grafik yang biasa digunakan dalam web iaitu: GIF dan JPEG. Persoalannya, waktu bilakah yang paling sesuai untuk menggunakan GIF dan waktu bilakah paling sesuai untuk menggunakan JPEG?
  •  Biasanya, format GIF digunakan untuk grafik yang dihasilkan sendiri melalui komputer, contohnya seperti butang (button), bunting (banner), dan juga animasi. Manakala format JPEG pula sesuai untuk jenis grafik yang diimbas dari pengimbas atau kamera digital. 
  •  Fail GIF boleh mengandungi sehingga 256 warna (8 bit), yang mana sangat sesuai untuk imej yang dijana melalui komputer. Saiz fail GIF boleh dikecilkan bergantung kepada jumlah warna yang digunakan. Jika dibandingkan dengan JPEG, GIF boleh menghasilkan imej yang bersaiz kecil dan berkualiti tinggi. Sebab itu ia sangat sesuai untuk membuat ikon, logo, butang dan sebagainya. 
  •   Fail JPEG pula boleh mengandungi lebih dari 16.7 juta warna (24-bit) yang mana ia sangat sesuai untuk imej jenis potret dan foto. Antara kelebihan JPEG berbanding GIF ialah sekiranya imej atau foto tersebut banyak menggunakan bayang-bayang, ia boleh mengurangkan saiz fail. Bagaimanapun sekiranya imej tersebut menggunakan jumlah palet warna yang sedikit, saiznya akan bertambah. 
·         Walau apa pun jenis format yang anda pilih, gunakan mengikut kesesuaian. Secara mudah dan ringkasnya: 

Format GIF 
Logo,  Butang, Animasi GIF, Transparent dan Icon 

Format JPEG 
Foto, Gambar dan Potret

 


Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu kita 'expert' tentang 2D Grafik. Insyaallah.