18 November 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu Ke-9


Cara Menggunakan Kaedah Menu Untuk Memilih Analisis

Sesudah memasukkan data ke dalam Data Editor, maka selanjutnya adalah mengarahkan SPSS untuk menjalankan analisis statistik yang diperlukan. Dalam bab ini, gambaran ringkas kaedah menu akan dihuraikan dan di Bab 4 huraian ringkas kaedah sintaks akan diberikan. Dalam Bahagian II buku ini, kedua-dua kaedah akan dibincangkan secara terperinci.

Untuk memilih analisis dengan kaedah menu, klik Analyze pada angka menu, untuk menampilkan menu pulldown, selanjutnya memilih analisis yang diperlukan.

Contohnya, mengklik Compare Means pada menu Analyze akan menghasilkan pilihan antara lain One-Sample T Test dan One-Way ANOVA seperti dalam Gambar di bawah;



Klik pada salah satu pilihan tersebut akan menghasilkan kotak dialog untuk memberikan perincian analisis diperlukan.
Contohnya, menaip Compare Means pada menu Analyze diikuti oleh One-Sample T Test akan menghasilkan kotak dialog seperti di bawah;


Seterusnya isikan butiran yang diperlukan, klik OK dan SPSS akan menjalankan analisis itu.



Cara Menjalankan Analisis dengan Kaedah Sintaks

Untuk menggunakan kaedah sintaks, anda memerlukan Syntax Editor untuk menaip dan menyunting perintah SPSS ("sintaks") untuk melaksanakan analisis.
Jendela Syntax Editor berlabel "syntax1 - SPSS Syntax Editor".

Bergantung kepada installation system anda, tingkap Syntax Editor mungkin diletakkan di latarbelakang jendela Data Editor. Klik pada Window di angka menu dan lihat jika syntax1 - SPSS Syntax Editor dipaparkan pada menu pulldowm, pilih dan klik.

Jika tingkap Syntax Editor tidak kelihatan pada menu Window, anda perlu membuka tetingkap ini. Klik File pada angka menu, New pada menu pulldown dan Syntax pada sub menu.


Paparan Syntax Editor akan dipaparkan dalam keadaan kosong dengan kursor pada sudut kiri-atas. Jika anda klik, apa yang anda taip akan kelihatan pada tingkap pada kedudukan kursor. Jendela ini beroperasi seperti program pengolah kata. Butang Delete (DEL). Butang Insert (INS), butang Backspace dan sebagainya boleh digunakan untuk menyunting maklumat anda.


Melaksanakan Analisis

Setelah menaip arahan dalam Syntax Editor, anda perlu memerintahkan SPSS untuk melaksanakan perintah-perintah ini.

Letakkan kursor pada perintah yang hendak dilaksanakan, dengan menggunakan tetikus. Klik butang Run pada bahagian atas tingkap Syntax Editor dan SPSS akan perintah tersebut. Jika terdapat beberapa arahan yang perlu dilaksanakan serentak, lakukan blok pada perintah tersebut
Klik menu Run pada bar menu dan pilih salah satu pilihan berikut

ALL (laksanakan semua perintah dalam Syntax Editor-tidak perlu disorot / blok)
Selection (laksanakan perintah yang di sorot / blok)
Current (laksanakan perintah di mana kursor kini berada)


Perintah SPSS: Beberapa ciri umum perintah-perintah SPSS adalah seperti berikut:
  • Semua perintah SPSS bermula pada lajur pertama (jangan inden) dan berakhir dengan noktah (.).
  • Di antara permulaan perintah dan noktah akhir, terdapat ruang dalam format sintaks.Contohnya ruang di antara dua perintah boleh satu atau dua atau lebih ruang.
  • Jika perintah terlalu panjang untuk muat ke dalam satu baris, tekan ENTER untuk pindah ke baris baru dan terus memasukkan perintah itu. Gunakan seberapa banyak baris yang diperlukan. SPSS akan terus membaca sehingga menjumpai noktah sebagai tanda perintah selesai.
Garis sambungan perintah ini tidak perlu bermula dalam medan pertama, dan tekan inden beberapa ruang untuk menjadikan listing anda lebih mudah dibaca.
  • Kebanyakan perintah SPSS akan mempunyai satu atau lebih sub perintah yang memberikan perincian analisis sub perintah-perintah yang dipisahkan dengan forward slash (/). Oleh kerana sub-perintah adalah sebahagian daripada arahan yang sama, anda boleh meletakkan ruang di antara perintah atau memulakan subperintah dengan baris baru. Bagaimanapun memulakan sub perintah dengan baris baru dengan inden membantu pembacaan kod program

 Kesalahan

Satu kelemahan menggunakan kaedah sintaks adalah kesalahant mudah dilakukan semasa menaip perintah SPSS. Apabila terdapat kesalahan, analisis tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna dan SPSS akan membuka tetingkap denganpesan kesalahan. Jendela ini biasanya berbentuk "Editor" diikuti dengan mesej yang bertujuan membantu anda mengetahui secara pasti masalah yang dihadapi. Setelah membaca mesej kesalahan, kembali ke Syntax Editor (klik pada menu Window dan pilih Sintax1 - SPSS Syntax Editor pada menu), dan sunting kesalahan tersebut. Kemudian laksanakan perintah-perintah untuk sekali lagi.

Setelah sselesai menulis sintaks SPSS dan mengujinya, simpan (save) data anda.

Rujukan;
http://amik-professional.blogspot.com/2009/04/pengenalan-spss-dasar-3.html


No comments:

Post a Comment