27 November 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu Ke-10 (a)




Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt kerana kita dapat bertemu lagi pada sesi pembelajarn buat Minggu ke-10. Untuk pengetahuan semua, saya dan rakan-rakan telah diajar oleh Dr Siti tentang '2D Graphic Editing Sofware'. Sebelum ini, saya boleh dikatakan tidak tahu secara total berkaitan '2D Graphic Editing Sofware'. Melaluinya, saya telah diperkenalkan dengan dua jenis 2D Grafik iaitu Bitmap dan Vector serta pelbagai jenis format grafik yang digunakan.

Sebelum itu, saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan semua tentang Bitmap dan Vektor. Selepas itu saya akan kongsikan tentang beberapa jenis format imej beserta dengan ciri-ciri dan pengaplikasiannya.

Apakah Itu Bitmap dan Vektor?

BITMAP

  • Adobe Photoshop adalah contoh perisian yang menghasilkan grafik bitmap atau juga dikenali sebagai imej raster. Grafik bitmap dipaparkan menggunakan grid (juga dikenali sebagai bitmap atau raster) yang dibentuk daripada kumpulan segiempat kecil (piksel).
  • Setiap piksel terletak di lokasi spesifik and mempunyai warna tertentu. Contohnya seperti grafik tayar basikal di dalam format bitmap terbina daripada kumpulan piksel yang banyak dan terletak di lokasi tertentu.
  • Penggunaan bitmap imej sebagai medium untuk imej seperti fotograf atau imej yang direka di dalam perisian grafik adalah biasa kerana ia dapat memaparkan tona warna (gradient) dengan baik. Imej bitmap bergantung kepada resolusi - imej bitmap memaparkan jumlah piksel yang tertentu
  • Imej bitmap akan kelihatan kabur jika diubah kepada saiz yang lebih besar di atas skrin atau dicetak untuk resolusi yang lebih tinggi daripada resolusi asal.
  • Ciri-ciri asas Bitmap;
                - Gambar kurang jelas ketika di perbesar
                - Tersusun atas titik-titik/dot
                - Ukuran File yang dihasilkan besar
                - Kualitas grafis bergantung dari banyaknya pixel 

VEKTOR
  • Grafik vektor terbina daripada garisan-garisan yang mengikut istilah matematik - vektor. Vektor menggambarkan grafik mengikut rupabentuk geometri grafik tersebut. Sebagai contoh, sebiji tayar basikal di dalam format grafik vektor terbina daripada definisi matematik di mana sebuah bulatan dengan radius tertentu, ditetapkan pada lokasi tertentu, dan terisi dengan warna tertentu. Grafik tersebut boleh dialih lokasinya, diubah saiznya, atau ditukar warnanya tanpa kehilangan kualiti grafik.
  • Grafik vektor tidak bergantung kepada resolusi - grafik boleh diubah saiznya dan juga dicetak di atas mana-mana pencetak tidak kira berapa resolusinya tanpa kehilangan kualiti grafik tersebut.
  • Ciri-ciri  asas Vektor;


                 - Gambar tetap jelas ketika di perbesar
                - Tersusun oleh garis dan kurva
                - Ukuran File yang dihasilkan kecil
                - Kualitas grafis tidak bergantung dari banyaknya pixel




Jenis-Jenis Format Fail Imej/Grafik

Biasanya bagi penggunaan grafik di dalam internet, sambungan atau format fail yang biasa digunakan ialah GIF (Graphic Interchange Format) dan JPEG (Joint Photographic Expert Group).


1)      GIF (Graphic Interchange Format)
·         Format GIF biasanya menggunakan kaedah pemadatan algoritma dan ia merupakan salah satu cara yang paling mudah dan berkesan bagi tujuan memadatkan sesuatu data dalam sistem komputer. Piawaian jenis ini telah dibangunkan pada tahun 1987 oleh CompuServe iaitu salah sebuah syarikat yang memberi perkhidmatan papan buletin (bulletin board) yang terkemuka.

·         Format penyimpanan fail grafik secara GIF sering digunakan untuk menyimpan grafik asas seperti ikon, butang, garisan atau imej-imej yang berbentuk kartun.

·         Fail yang menggunakan format GIF menggunakan format grafik 8 bit yang mana ini bermakna ia mampu memaparkan imej sehingga 256 warna yang berbeza. Ini membolehkan satu fail yang kecil dihasilkan dan ini merupakan antara faktor kenapa imej berformat GIF sering digunakan bagi tujuan pindah terima memerusi talian internet.

·         Walaupun imej GIF agak kecil dan tidak memerlukan masa pemindahan terima yang tinggi namun ia mempunyai satu kelemahan ia itu tidak boleh digunakan bagi grafik yang mempunyai lebih dari 256 warna.


2)      JPEG (Joint Photographic Expert Group)
·         Format jenis ini direka untuk memberikan kesan yang lebih baik daripada GIF dalam sesetengah keadaan. Ini memandangkan JPEG menggunakan teknik pemadatan algoritma yang lebih baik berbanding dengan GIF dan sekaligus menghasilkan satu fail grafik yang saiznya lebih kecil dan padat berbanding GIF

·         Salah satu kegunaan utama fail berformat JPEG ini adalah untuk menyimpan fail bagi gambar sebenar. Ini adalah kerana JPEG mampu mengendalikan imej-imej yang mempunyai kedalaman warna yang tinggi (sehingga 16.7 juta warna) tetapi dalam masa yang sama ia tidak memerlukan ruang storan yang terlalu besar.
3)      BMP (Bitmap)
·         BMP merupakan antara format fail yang paling lama wujud iaitu sejak sejak kemunculan sistem pengoperasian Microsoft Windows 3.0. Ia sesuai untuk menyimpan grafik dalam kualiti yang tinggi kerana ia tidak cuba untuk memadatkan sesebuah imej tersebut. Ini menyebabkan kebanyakan fail grafik yang menggunakan format ini mempunyai saiz fail yang agak besar.
·         Kelebihannya, kebanyakan perisian grafik yang asas boleh menerima format fail ini.

4)      TIFF (Tagged Image File Format)

·        
TIFF telah dibangunkan oleh Aldus Corporation pada tahun 1986 dan ia khas digunakan bagi tujuan menyimpan fail imej yang dihasilkan oleh peranti-peranti seperti pengimbas imej (scanner), frame grabber ataupun perisian-perisian grafik. 

·         Kini ia merupakan antara piawaian atau format fail grafik yang serbaguna dan diterima dengan meluas bagi tujuan-tujuan mengubahsuai bagi imej-imej warna, hitam putih dan sebagainya.

5)      PICT
·         PICT merupakan format fail yang sering digunakan pada komputer jenis Macintosh. Ia bukanlah merupakan acronym (singkatan) daripada mana-mana perkataan. 

·         Format fail ini muncul kali pertama pada tahun 1984 dan diperkenalkan oleh sebuah perisian grafik iaitu MacDraw. 

·         Format fail ini sesuai untuk kerja-kerja persembahan, paparan pada skrin mahupun untuk kerja-kerja video digital. Format PICT boleh digunakan bagi tujuan penyimpanan fail bitmap mahupun vektor.

6)      TGA (Targa)

·         TGA merupakan format grafik yang pertama mampu menampung imej dengan resolusi yang tertinggi (24-bit atau 16 juta warna). Ia juga sering digunakan dalam penghasilan video digital dari imej statik.

7)      EPS (Encapsulated PostScript)

·        Merupakan format fail yang piawai bagi menyimpan ilustrasi PostScript yang mempunyai resolusi yang tinggi. 
·         Format jenis ini juga sesuai digunakan bagi meyimpan imej pada komputer yang menggunakan sistem Macintosh mahupun Windows bagi tujuan persembahan secara elektronik.

8)      WMF (Windows Metafile Format)

·         Format ini digunakan bersama – sama dengan sistem pengoperasian Microsoft Windows dan sering digunakan bagi menyimpan imej jenis vektor terutamanya “clipart”. Imej yang mempunyai format ini kurang digunakan kerana tidak banyak sistem komputer perisian yang menyokong format fail jenis ini.

Kesesuaian Penggunaan GIF Atau JPEG
      GIF atau JPEG Mungkin ramai yang sudah mengetahui jenis format grafik yang biasa digunakan dalam web iaitu: GIF dan JPEG. Persoalannya, waktu bilakah yang paling sesuai untuk menggunakan GIF dan waktu bilakah paling sesuai untuk menggunakan JPEG?
  •  Biasanya, format GIF digunakan untuk grafik yang dihasilkan sendiri melalui komputer, contohnya seperti butang (button), bunting (banner), dan juga animasi. Manakala format JPEG pula sesuai untuk jenis grafik yang diimbas dari pengimbas atau kamera digital. 
  •  Fail GIF boleh mengandungi sehingga 256 warna (8 bit), yang mana sangat sesuai untuk imej yang dijana melalui komputer. Saiz fail GIF boleh dikecilkan bergantung kepada jumlah warna yang digunakan. Jika dibandingkan dengan JPEG, GIF boleh menghasilkan imej yang bersaiz kecil dan berkualiti tinggi. Sebab itu ia sangat sesuai untuk membuat ikon, logo, butang dan sebagainya. 
  •   Fail JPEG pula boleh mengandungi lebih dari 16.7 juta warna (24-bit) yang mana ia sangat sesuai untuk imej jenis potret dan foto. Antara kelebihan JPEG berbanding GIF ialah sekiranya imej atau foto tersebut banyak menggunakan bayang-bayang, ia boleh mengurangkan saiz fail. Bagaimanapun sekiranya imej tersebut menggunakan jumlah palet warna yang sedikit, saiznya akan bertambah. 
·         Walau apa pun jenis format yang anda pilih, gunakan mengikut kesesuaian. Secara mudah dan ringkasnya: 

Format GIF 
Logo,  Butang, Animasi GIF, Transparent dan Icon 

Format JPEG 
Foto, Gambar dan Potret

 


Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu kita 'expert' tentang 2D Grafik. Insyaallah.

No comments:

Post a Comment