18 November 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu Ke-8



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah kita dapatbersua kembali dalam sesi pembelajaran yang terbaru. Pada sesi ini, saya dan rakan-rakan telah belajar satu tajuk yang sebelum ini saya tidak tahu langsung tentangnya. Perkara itu adalah berkaitan dengan satu cabang ilmu perisian komputer iaitu "Statiscal Package For Social Science" atau dengan ringkasannya "SPSS".Namun, apakah itu SPSS?

SPPS merupakan sebuah program aplikasi yang mempunyai keupayaan analisis statistik yang cukup tinggi serta sistem pengurusan data pada persekitaran grafik dengan menggunakan menu-menu deskriptif dan kotak-kotak dialog yang sederhana sehingga mudah untuk difahami cara pengoperasiannya. Beberapa aktiviti boleh dilakukan dengan mudah dengan menggunakan pointing dan clicking mouse.

SPSS banyak digunakan dalam pelbagai penyelidikan pemasaran, pengendalian dan pembaikan mutu (quality improvement), serta penyelidikan-penyelidikan sains. SPSS pertama kali muncul dengan versi PC (boleh dipakai untuk komputer desktop) dengan nama SPSS / PC + (versi DOS). Tetapi, dengan mulai populernya system operasi windows. SPSS mula mengeluarkan versi windows (mulai dari versi 6.0 ke versi terbaru sekarang).

Jenis-Jenis Window SPSS
SPSS memiliki empat jenis window yang terbagi berdasarakan fungsinya. Jenis window di SPSS diantaranya adalah :
  1. Window SPSS Data Editor
    Contoh tampilan di layar SPSS :

    Gambar 1. Window Data Editor
    Window ini terbuka secara otomatis setiap kali program SPSS dijalankan, dan berfungsi untuk input data. Selain itu, dalam window ini terdapat banyak menu yang bisa digunakan untuk memanipulasi dan memproses data dengan berbagai macam metode statistik.
  2. Window SPSS Viewer
    Contoh tampilan di layar SPSS :

    Gambar 2. Window SPSS Viewer
    SPSS Viewer atau yang biasa disebut Viewer meupakan salah satu window SPSS yang berfungsi menampilkan output dari proses pengolahan data. Tampilan output pada window ini dapat berupa teks/tulisan, tabel, grafik, atau gabungan ketiganya.
  3. Window Syntax Editor
    Contoh tampilan di layar SPSS :

    Gambar 3. Window Syntax Editor
    Menu ini berupa file teks yang berisi perintah SPSS, dan bisa diketik secara menual. Perintah yang digunakan dalam menu ini adalah beberapa perintah atau pilihan yang hanya bisa digunakan dengan SPSS Command Language. 
  4. Menu Sciprt Editor
    Contoh tampilan di layar SPSS :

    Gambar 4. Menu Script Editor
    Menu script pada umumnya digunakan untuk melakukan pengerjaan SPSS secara otomatis, seperti membuka dan menutup file, ekspor chart, penyesuaian bentuk output dan lainnya. 


Cara-cara Menggunakan SPSS

Langkah 1;
Sila klik tombol Start-Program.

Langkah 2;
Klik pada SPSS 17 atau (versi baru) For Window

Selepas itu, akan keluar paparan seperti gambar di bawah dan  "What would you like to do?".
 Sila klik pada pilihan "Type in data" lalu klik 'OK'. Akan tampil Data Editor SPSS

Langkah 3;
Perhatikan pada sudut kiri bawah,  ada 2 sheet (seperti Excel), iaitu 'Data View' dan 'Variabel View'. Untuk
memasukkan data, terlebih dahulu sila tentukan variabelnya yang kemudian diinput pada 'Variabel View',
seperti Nama, Berat Badan, Tinggi Badan, Tekanan Darah, Tanggal Lahir, dan sebagainya.
Name    : diisi nama variabel, misalnya Nama
Type     : diisi tipe data, misalnya numeric (untuk data angka) atau string untuk data teks.
Width    : diisi jumlah karakter maksimal yang akan diinput dalam Data View.
Decimal : diisi jumlah karakter maksimal yang akan diinput dalam Data View.
Label    : diisi keterangan untuk variabel (boleh dikosongkan).
Value    : untuk memberi kodefikasi, misalnya Laki‐laki=1, Perempuan=2.
Missing : untuk perlakuan data terhadap Missing Value (abaikan sesuai default).
Align     : untuk pengaturan tampilan perataan dalam Data View, seperti left, centre, right.
Measure : secara default akan terpilih Nominal jika variabel bertipe string, dan akan terpilih Scale    
                  jika data bertipe Numeric.

Setelah ditentukan variabelnya, sekarang tinggal mengisi data di sheet Data View.

Langkah 4;
Selepas itu, klik pada 'variable view' dan isikan maklumat yang berkaitan seperti mana yang ada pada soalan soal selidik yang telah anda jalankan. Misalnya, Nama, Jantina, Umur dll

Makluman!!
  • Tukarkan 'Numeric' pada type manakala 'width' ditukarkan kepada angka "8" dan 'Decimal' pula ditukar kepada "0". .


  • bagi contoh seperti 'Tahun' atau 'Semester', anda kekalkan 'None' pada 'Value'. Bagi 'Program' sila klik pada 3 titik yang bertuturan di sebelahnya. Pada 'Value' taip angka dan pada 'value table' sila taip nama program. Kemudian ulang langkah sama untuk soalan 'Jantina dan lain-lain. 

  • Pada bahagian "missing" sila tukarkan kepada '0' manakala bagi 'Column' pula sila isi dengan nombor '8' dan 'Align' ditukar kepada 'Center'. 

  • Bagi pembolehubah seperti tahun dan semester, sila pilih 'Scale' pada bahagian 'Measure'

  • Bagi 'Program' dan 'Jantina', sila klik pada 'Nominal' dan bagi soalan-soalan pula sila klik pada 'Ordinal'
Langkah 5;
Setelah selesai mengisi maklumat pada 'Variable View', sila klik pada 'Data View'

Langkah 6;
Seterusnya, sila masukkan maklumat yang diperolehi dari hasil kajian soal selidik ke dalam kotak atau ruang yang sesuai.

Langkah 7;
Apabila selesai mengisi semua maklumat, sila klik pada 'Analyze'

Langkah 8;
Seterusya, anda klik pada 'Discriptive Statistic' dan klik pada 'Frequency'

Kemudian, masukkan satu persatu pembolehubah dari kiri ke kanan dengan klik pada simbol (yang terdapat di situ)

Langkah 9;
Anda klik pada  'Statistic' dan 'Set  Frequencies Statistic' mengikut pilihan anda. Kemudian, klik 'Continue'.
Seterusnya, klik pada 'Cahrt' dan 'Format' untuk tetapkan maklumat yang anda inginkan dan klik 'Ok' apabila selesai semaunya.


Semoga dengan perkongsian maklumat dan ilmu yang telah saya pelajari ini memberi seribu manfaat kepada kiata bersama.

Selamat mencuba.......

**Pada 'post' saya di Refleksi Pembelajaran Minggu ke-8(a), saya akan kongsi maklumat tentang;
  • Cara menggunakan kaedah menu untuk memilih Analisis
  • Cara menjalankan analisis dengan kaedah sintaks

Pembelajaran kali ini juga berkisar tentang assigment yang sebelum ini iaitu berkaitan dengan "21st Century Skills". Pada minggu ke-6 kelas saya ditugaskan untuk membuat survey monkey dan google document. Oleh itu , pada minggu ketujuh dan kelapan saya mesti berpandukan assigment lepas.SPSS yang akan saya jalankan berdasarkan surveymonkey dan google dokument  yang saya edarkan kepada responden..Ia adalah program yang digunakan untuk membuat analisis statik yang biasanya digunakan untuk data penyelidikan ,organisasi, pemasaran dan banyak lagi. Disini kita akan dapat melihat purata mod, median, analisis kajian yang telah dijalankan.

Langkah-langkah untuk membuat SPSS ialah;

1.Tulis nombor id di setiap borang yang telah diedarkan
2.Berikan nilai kod bagi setiap soalan dan juga jawapan.Contohnya s 1 mewakili soalan pertama.Jawapan pertama "ya" letakkan nilai kod 1 dan begitulah jawapan bagi seterusnya.
3.Start spss.SPSS perlulah di install terlebih dahulu dalam laptop.









 4.Buka pada variable view yang terletak di bawah sebelah kanan.
 5.Isikan tempat yang disediakan seperti Name,type,width,decimal,label,value dan seterusnya.




6.Tulis pula pada data view disebelah kiri variable view.Masukkan maklumat berdasarkan borang soal selidik yang telah dijalankan dalam survey monkey dan google dokument.






7.Selesai,create bar chart variable view dan data view dengan clip analyze dan pilih Descritive statistic seterusnya tekan pada Frequencies.Seterusnya tekan continue pilih bar chart dan tekan ok.Begitulah seterusnya hinggalah habis soalan.




.Setelah selesai,copy and paste hasil yang diperoleh iaitu bar chart di dalam open officer writer.


Setelah itu,tulis laporan berkaitan  mini research dengan merujuk format  jurnal artikle menggunakan open office writer.Laporan yang dijalankan mestilah mempunyai:


  • Title=Tajuk assigment yang dijalankan.
  • Abstrak=Tujuan kajian dilakukan ataupun objektif kajian
  • Introduction=Pendahuluan yang berkaitan topik assigment
  • Literature review=Berdasarkan bahan-bahan yang digunakan untuk menjalankan kajian ini dan buat summary berkaitan tajuk tersebut.
  • Research Approach=Bagaimana kaedah kajian dijalankan
  • Finding=Ambil semua graf bar  dan data-data yang telah diperolehi dan analisis hasil tersebut.
  • Discussion=Kaitkan dengan hasil perbincangan yang telah dilakukan dengan rakan-rakan dan kaitkan dengan objektif kajian sama ada tercapai atau tidak
  • Conclusion=Rumuskan tentang hasil kajian yang diperoleh.



Rujukan;


No comments:

Post a Comment