23 October 2012

Pelajar - Guru - Pendidikan > "21st Century Skills"


KEMAHIRAN ABAD KE-21

  • Kemahiran abad ke-21 ialah Belajar untuk bekerjasama dengan orang lain dan menyambung menerusi teknologi adalah kemahiran penting dalam pendidikan berasaskan pengetahuan.

Kemahiran pengajaran dan pembelajaran dalam abad ke-21:

  • Kemahiran pembelajaran dan inovasi (Learning and innovation skills)
  •  Kemahiran maklumat, media dan teknologi (Information, media and technology skills)
  • Kemahiran hidup dan kerjaya (Life and career skills)

Aspek dalam kemahiran abad ke-21 ialah :


1.      Cara pemikiran baru- Kreativiti, pemikiran kritis, penyelesaian masalah, keputusan membuat dan pembelajaran.


2.      Cara bekerja-Komunikasi dan kerjasama
Alat untuk bekerja. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan literasi maklumat
Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK) (ICT (Information, Communications and Technology) Literacy)    


3.      Kemahiran untuk hidup di dunia-Kewarganegaraan, kehidupan dan kerjaya, dan tanggungjawab peribadi dan sosial. Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri,berinisiatif dan Mempunyai Haluan Diri. Kemahiran Sosial dan Antara-Budaya. Produktiviti dan Akauntabiliti.  Kepimpinan dan Tanggungjawab


          Ciri-Ciri Guru Abad ke-21
Ø  Menguasai pelbagai bidang.Seorang guru memerlukan ilmu yang pelbagai untuk menjadikan mereka berkebolehan dalam semua bidang yang diceburi dan bidang yang tidak diceburinya. Seseorang guru itu perlu berani  untuk mencuba sesuatu yang baru Sebagai contohnya, seorang guru yang mengajar subjek sejarah juga memerlukan ilmu pengajaran dalm subjek lain. Bagi memastikan pendidik menguasai semua bidang ia memerlukan pendidik tersebut mengaplikasi pembelajaran secara berterusan untuk membolehkan pendidik tersebut bersedia menghadapi sebarang perubahan dalam dunia pendidikan yang selaras dengan era pemodenan masa ini.
Ø  Mengikut perkembangan  tentang dasar dan isu pendidikan.Perkembangan tentang isu-isu semasa yang berkaitan dengan dunia pendidikan perlu dikuasai oleh pendidik untuk memastikan profesion perguruan dapat dijalankan dengan lancer melalui proses pengajaran dan pembelajaran.Bagi melahirkan generasi berkualiti seorang pendidik perlulah mempunyai sifat berwibawa dengan memahami dengan dasar-dasar seperti sains dan teknologi(sekolah berasaskan  ICT).
Ø   Mahir dalam pedagoji(pengajaran dan pembelajaran.Seorang pendidik perlu mempunyai kemahiran pedagoji untuk melahirkan generasi yang berkemahiran abad ke 21. Kemahiran pedagoji ini bukan sahaja berasakan pengalaman ia juga memerlukan seorang pendidik mempunyai kemahiran dalam mengaplikasi pedagoji berbentuk inovasi dan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.Sebagai contoh menggunakan alat bantuan mengajar seperti komputer.Kaedah ini member kesan positif kepada perkembangan dan prestasi pelajar.
Ø  Menggunakn teknologi terkini.Dunia sekarang adalah dunia teknologi.Seorang pendidik juga harus seiring dengan perkembangan dunia teknologi ini untuk membolehkan diri mereka bersedia dalam penguasaan dan penggunaan teknologi  semasa.Penguasaan ini bukan sahaja diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran tetapi juga dalam kehidupan seharian.
Ø  Menerapkan nilai-nilai murni(akhlak). Pendedahan teknologi pendidik juga perlulah selari dengan penerapan nilai-nilai murni. Seorang pendidik perlulah beretika untuk mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara, ia juga penting  dalam menjaga hubungan sesame manusia.


Ciri-Ciri Pelajar  Abad ke-21
*      Berupaya meembuat hubung kait
*      Bijak menyoal
*      Yakin berkomunikasi
*      Mengambil risiko
*      Dahagakan ilmu
*      Perasaaan ingin tahu
*      Dapat menjana idea
*      Fleksibel
*      Tidak mudah berputus asa
*      Dapat mendengar dan membuat refleksi
*      Berkemahiran kritis
*      Menguasai kemahiran literasi
*      Murid berani mencuba
*      Mampu berfikir sendiri
*      Mampu membuat perubahan
*      Mampu bekerja dengan orang lain
*      Berintergriti
*      Berkeperibadian tinggi


KEMAHIRAN BARU YANG DIPERLUKAN DALAM ABAD KE 21
Kajian tentang kemahiran dan tahap kompentasi talah dilakukan oleh D’Andrea dan Daniels(2002) mengatakan bahawa mahasisiwa memerlukan kemahiran baru untuk lebih berjaya dalam dunia pendidikan mahupun duni seharian.


 Jenis Kemahiran

  1. Komunikasi- pertukatan idea dan pemikiran menerusi tulisan dan lisan.
  2. Kepekaan silang budaya- dapat berkerjasama dan memahami dalam pelbagai budaya, tambahan pula di Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum.
  3. Pelbagai bahasa- keupayaan untuk berkomunikasi dalam pelbagai bahasa telah memberikan kita keistimewaan.
  4. Kemahiran mengurus - keupayaan membantu dan mengurus orang lain melaksanakan,menyelesaikan konflik dan masalah.
  5. Kerja berpasukan- Berkejasama dalam satu pasukan untuk mencapai sesuatu matlamat dengan jayanya
  6. Kreativiti- dapat menyumbangkan kreatif dan artistic  dalam menyelesaikan sesuatu masalah
  7. Keupayaan untuk menyesuikan diri- mempunyai kemampuan untuk  menghadapi dan menyesuaikan diri dengan perubahan
  8.  Sifat empati- kemampuan untuk memahami perasaan idea orang laindari sudut.
  9. Pengurusan stress- berkemampuan untuk mengawal situasi stress dan mengenalpasti punca stress
  10. Etika berkerja- dapat mempamerkan etika dan disiplin kerja yang baik dan tinggi.
  11. Disiplinkan diri- dapat mengawal dan mengawal tingkah laku dalam kaunselingg dan hal peribadi.
  12. Tanggungjawab- mempunyai aspirasi tahap akauntabiliti.
  13. Pemikiran diskriminati- keupayaan untuk menyesuikan diri dengan pemikiran yang berbeza.
  14. Kemahiran tatabahasa- mempunyai keupayaan- untuk mengeluarkan pandangan dan idea yang lebih baik.
  15.  Kemahiran analitikal- kemampuan untuk menggunakan pemikiran logic dan abstrak.
  16. Ekonomi dan pengurusan- kemampuan untuk menggunakan prinsip-prinsip ekonomi dan perniagaan dalam perhubungan.
  17. Kemahiran matematik- keuapyaan untuk mengunakan dan mengaplikasikan teori asas matwematik dalam kehidupan.
  18. Kemahiran computer- keupayaan untuk menggunakan computer dalm perkhidmatan kaunseling.
  19. Telekomunikasi- keupayaan untuk menggunakn talian komunikasi sebagai alat perhubungan dalam perkhidmatan kaunseling.



CABARAN SISTEM PENDIDIKAN  PADA ABAD 21

  • Guru masih terikat dengan pengajaran yang berasaskan tradisional.Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran kurang diaplikasikan dalam pendidikan terutamanya di kawasan luar Bandar.
  • Kaedah seperti mengambil nota menggunakan kertas adalah contoh satu cara yang menghalang perkembangan teknologi dalam pendidikan  .Salah satu cara untuk mengintegrasi teknologi kedalam pendidikan adalah pengumpulan data dan menganalisis perlulah menggunakan perisian.
  • Sistem pendidikan pada masa ini yang sering berubah dari segi penilaian,standard,kurikulum,pengajaran,pembangunan professional. Sistem pendidikan yang cekap dan sistematik perlulah diasaskan untuk memastikan sistem pendidikan  sepanjang hayat dapat diterapkan

No comments:

Post a Comment