19 October 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu Ke-6


Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana kita dapat memeruskan pembelajaran kita dengan keadaan sihat walafiat dan dapat menuntut ilmu. semoga Allah memberkati kita semua. Aminnn.

Pada minggu ini, saya belajar banyak benda ilmu yang berkaitan dengan perisian komputer. Rupa-rupanya, banyak lagi perkara berkaitan dengan komputer yang belum saya tahu selaama ini. itulah kita sebagai manusia yang lemah dan banyak perkara yang belum kita ketahui. Sesungguhnya Allah s.w.t Maha Mengetahui tentang sesuatu.

Pada minggu ini, saya ingin berkongsi  beberapa ilmu yang telah saya pelajari dengan semua. Di bawah tajuk 'Educational Research Process', saya telah belajar cara mencari maklumat di pelbagai engin pencarian seperti  UKM research database, google scholar, google books dll. Jika sebelum ini, saya hanya menggunakan Yahoo dan Google sahaja dalam pencarian maklumat.

Misalnya, melalui UKM database iaitu di 'http://www.ukm.my/library/', saya dapat mencari banyak maklumat yang saya ingin tahu secara tepat dan holistik. Untuk log in, seperti gambar di bawah..Pada 'User ID' sila masukan nombor matrik anda dan 'password' pula masukkan passwor yang diberi oleh pihak universiti (pada slip-untuk pelajar UKM).


SURVEY.........
Dalam pembelajaran yang lain iaitu di bawah tajuk 'Online Questionaire', saya telah belajar cara membina soalan untuk tujuan sebarang penyelidikan (survey) melalui dua aplikasi iaitu menggunakan "Survey Monkey" dan 'google scholar'. Namun, bagi saya 'Survey Monkey"lebih mudah untuk menggunakannya dan lebih detail. Apa itu 'Survey Monkey'?


Survey Monkey ialah suatu tapak untuk membina soalan-soalan untuk dihantarkan kepada rakan-rakan kumpulan atau orang awam di laman sosial seperti Facebook dll.

Cara- cara mendaftar 'Survey Monkey'

Langkah 1
Anda perlu mendaftar diri anda sebagai pengguna 'survey monkey' seperti di yahoo dan facebook. Isikan maklumat yang didiperlikan seperti di bawah ini.


Langkah 2
Untuk membina soalan anda perlu memilih cara soalan yang ingin di putarkan .




Langkah 3
tempat anda untuk mengisi soalan-soalan yang ingin di kemukan kepada rakan-rakan anda.


Lanjutan daripada pembelajaran ini, saya perlu membina beberapa soalan (sekurang-kurangnya 10) berdasarkan tajuk saya di minggu ke-4 dan minggu ke-5 => "21st Century Skill' untuk tujuan latihan penggunaan 'survey monkey'. Soalan ini merupakan soalan yang berbentuk soal selidik tentang '21st century Skill'. Hasil soalan tersebut, saya telah post di Fb group dan Yahoogroup untuk penilaian kaji selidik yang telah saya bina.


Antara soalan yang telah saya bina di 'survey monkey adalah seperti berikut.
**Rujuk Link ini =>  http://www.surveymonkey.com/s/DN2WZN5. Secara keseluruhannya, soalan-soalaan yang saya bina adalah berkisaar tentang pemahaman terhadap "21st Century Skill". Saya perlu mendapatkan sekuran-kurangnya 10 orang responden untuk melengkapkan kaji selidik ini. Saya berharap semua rakan dapat mengisi soal selidik ini.

Hasil daripada soal selidik ini, saya akan mendapat tafsiran yang jelas dan saya perlu bentangkan di hadapan Dr Siti Fatimah pada suatu masa yang akan ditetapkan olehnya nanti.

Semoga bertemu lagi.....

Rujukan;
=> http://www.ezplib.ukm.my/login
=> https://www.surveymonkey.com/MyAccount_Join.aspx
=> http://nazrilrahman.blogspot.com/2011/10/cara-membuat-survey-monkey.html

No comments:

Post a Comment