7 October 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu 4



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada minggu ke-4, di bawah aktiviti 'THINK, PAIR, SHARE' saya bersama kumpulan saya telah diberi satu tajuk yang telah ditetapkan oleh Dr Fatimah iatu '21st Century Skills' atau 'Kemahiran Alaf ke-21'.Kumpulan saya terdiri  daripada tiga orang ahli termasuk saya iaitu Wan Nurmunirah Wan Zainal dan Nor Wahidah Muhd Noor.

Berdasakan tajuk tersebut, kami telah menggunakan kaedah 5W1H iaitu 'WHAT, WHERE, WHO, WHY, WHEN, & HOW' untuk kami membuat perbincangan secara holistik berkaitan tajuk yang diberi '21st Century Skills'.

Saya dan kumpulan saya telah bersetuju dan menyenaraikan beberapa persoalan untuk kami bincangkan berkaitan '21st Century Skills'. Antara persoalannya ialah sperti berikut ;
  1. Apakah maksud Alaf ke-21?
  2. Apakah komponen-kompenen '21st Century skills'?
  3. Terangkan secara ringkas bagi setiap komponen '21st Century Skills'?
  4. Bagaimanakah peranan guru boleh merealisasikan pendidikan ke arah alaf ke-21?
  5. Apakah kepentingam menguasai ICT bagi pelajar?
  6. Adakah ICT dapat memupuk '21st Century Skills',bagaimana?
  7. Apakah cabaran-cabaran dalam merealisasaikan '21st Century Skills' dari aspek Pendidikan?
Nota ; Bagi persoalan 1-5 diselia oleh saya sendiri, Persoalan 6-7 diselia oleh Faiz Bin Mohd Bandong. hasil daripada jawapan persoalan di atas, kami akan 'post' di blog, Yahoogroup, Dropbox,  dan FB Group untuk perkongsian dan refleksi rakan-rakan lain terhadap tauk kami yang akan di 'post'.

Setiap persoalan yang kami usulkan di atas, kami telah membuat satu perbincangan yang melibatkan pandangan individu, rujukan ilmiah, dan pencarian meklumat berkaitan di internet seperti 'Google' dll.

Hasil daripada perbincangan kami, saya telah membuat perkongsian di setiap sudut seperti di 'Facebook Group', 'Yahoogroup','Upload in Dropbox', dan di dalam blog saya sendiri untuk rakan-rakan dan Dr Siti Fatimah serta yang berkaitan.

Untuk setiap maklumat tersebut saya telah "Post" di blog saya di 'http://a140372s1k3.blogspot.com/'.

Sila ikuti Post seterusya iaitu Refleksi 5(a), 5(b) dan 5(c) yang menjawab tujuh persoalan yang disenaraikan di atas.

Keseluruhannya, aktiviti ini telah memberi saya pengalaman dalam bekerja secara berpasukan secara tidak langsung saya dapat mengetahui secara mendalam berkaitan '21st century Skill' itu sendiri. Semoga perkongsian berkaitan tajuk ini dapat memberi manfaat bersama. Insyallah.

Jumpa lagi di 'post' saya yang seterusnya.hehe.salam

No comments:

Post a Comment