4 October 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu 3



Assalamualaikum w.r.t

Alhamdulillah, syukur kepada Ilahi kerana saya dapat meneruskan sesi pembelajaran minggu ke-3 dengan lancar. Minggu demi minggu, pembelajaran semakin mencabar kebolehan individu dan memberi banyak input  berkaitan komputer.


Pada minggu ini, saya dan rakan-rakan ditugaskan untuk membincangkan berkaitan dengan 'Course/Learning Management System' (CMS/LMS) di bawah aktiviti 'THINK, PAIR, SHARE'.


Sebelum itu, untuk lebih mendalam berkaitan CMS/LMS dari aspek Pendidikan di UKM, sila ke google docs saya iaitu di (sila klik link ini) >  https://docs.google.com/document/d/1EWsQZaEXYUbCS0xJ1fCWUC-O12ydeb_Gppzy5uqm88Y/edit

Untuk tujuan itu, dengan menggunakan mana-mana alat pencarian seperti Google, saya perlu mencari maklumat berkaitan CMS/LMS berdasarkan 5W1H iaitu What, Why, Where, Who, and How. Saya perlu menyenaraikan beberapa kelebihan CMS/LMS.


APA itu CMS dan LMS.

  • Course Management System ( CMS ) ialah sebuah perisian komputer pengurusan kandungan yang boleh menguruskan pelbagai dokumen dan kandungan yang lain seperti imej dan sumber-sumber multimedia. Dalam konteks ini, sebuah sistem pengurusan kandungan laman web ialah sebuah sistem pengurusan kandungan dengan ciri-ciri tambahan untuk memudahkan cara dan keperluan untuk menerbitkan kandungan web ke dalam sesutu laman web. Ia dapat membantu para pengguna dalam pemprosesan ini. 
  • LMS merupakan web asas kepada e-Pembelajaran yang bertindak sebagai penentu arah bagi sesuatu proses pembelajaran. LMS telah berkembang dengan cepat dan digunakan secara meluas menghubungkan sistem maklumat dan sistem pangkalan data bagi mengurus dan mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Kelebihan CMS
  • Mencipta dan mengimport dokumen serta bahan-bahan multimedia.
  • Mengenal pasti pengguna-pengguna utama serta tanggungjawab pengurusan kandungan mereka.
  • Kebolehan untuk membahagikan peranan serta tanggungjawab dalam kategori-kategori kandungan yang berbeza.
  • Mendefinasikan tugas-tugas penting supaya pengurus kandungan dapat mengetahui tentang sebarang pengubahsuaian dalam isi kandungan.
Kelebihan LMS
  • Menguruskan user, role, courses, instructor, facility, dan membuat report.
  • memedahkan proses pembelajaran seperti pendaftaran bagi pelajar atu pengajar
  •      Pengurusan  bahan kursus.Dengan memasukkan sukatan pembelajaran,,rancangan semester,rancangan harian,pengumuman,bahan kursus,tugasan,kerja kursus,skema pemarkahan,kuiz,prestasi pelajar(gred) dankehadiran kelas
  •      Ujian.Pengajar memuat masuk soalan dan pelajar dapat menjawab sacara atas talian
  •      Perbincangan susulan antara pengajar dan pelajar yang moden dan lebih efektif
  •     Berperanan sebagai  katalog kursus.Menyenaraikan kod kursus,taraf kursus,waktu kuliah,tutorial,dan unit.
Hasil daripada perbincangan berkaitan ini, satu laporan perlu ditulis dengan menggunakan Google docs (menggunakan akaun google/gmail untuk sing in docs.google.com). Selepas itu, laporan yang dibuat melalui Google docs boleh dikongsi dengan rakan-rakan dan pensyarah.

Dalam google docs, save (dowload) fail tersebut sama ada dalam bentuk odt,pdf dll. Kemudian upload fail tersebut dam 'yahoogroup' untuk dikongsi dengan rakan yang lain.


Kesimpulannya, minggu ini saya dapat mengenal ap itu Corse Management System (CMS) dan Learning Management System (LMS) secara terperinci. Dalam masa sama, saya dapat belajar tentang penggunaan google docs. Jika sebelum ini, saya lansung tidak tahu berkaitan google doc namun, kini saya dapat mengetahui dan tahu cara menggunakan google docs.


Dalam post saya berikutnya, saya akan menerangkan secara terperinci 'what is the Google docs'..hehe.


Salam dan sampai jumpa lagi.....


Rujukan;
http://en.wikipedia.org/wiki/Learning_management_system

http://www.pearsonlearningsolutions.com/career-schools/lms-cms.php

http://www.contentmanagementnews.com/contentmanagementnews-82-20070220CMSandLMSAComparison.html




No comments:

Post a Comment