1 October 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu 2 (c)

Sambungan.....


Pada sesi pembelajaran ini, ia adalah kesinambungan atau rentetan kepada aktiviti 2(b) iaiti 'Registration'.


Namun, pada kali ini saya dikehendaki mendaftar dan membuka akaun "Drop Box" (https://www.dropbox.com/).


Untuk pengetahuan rakan-rakan, 'Dropbox' merupakan salah satu layanan 'Cloud Computing Storage' yang menyediakan ruang untuk penyimpanan fail berbentuk foto, dokumen, atau video. Dropbox memberi banyak manfaat dan kemudahan kepada pengguna dalam menyelesaikan urusan yang rumit dan mempermudah perkongsian (sharing) fail dengan rakan tanpa membawa fail.





Dengan menggunakan kemudahan ini, semua fail yang tersimpan dapat disimpan dengan selamat pada semua perangkat komputer, notebook, smarphone, atau dengan perisian dropbox.

Cara-cara untuk mendaftar Dropbox ialah;

Langkah 1; layari laman web https://www.dropbox.com/ dan download dan 'install' Dropbox.


Langkah 2; Klik pada 'Create account' untuk melakuakn pendaftaran akaun. Isikan setiap ruangan yang disediakan. Sila pastikan email yang diisi adalah betul bagi memastikan kita memperoleh pautan untuk mengaktifakaun daripada Dropbox. 

Langkah 3; Kemudian klik kotak "I agree to Dropbox Term" dan klik button "Create account".

Langkah 4; Selepas selesai melakukan pendaftaran, kita sudah boleh menggunakan Dropbox sepenuhnya apabila selesai memuat turun fail untuk kegunaan 'destop' komputer. Bagi sebarang bantuan teknikal, sila klik ruangan 'Help' yang terdapat pada penjuru sebelah kiri paparan Dropbox.

No comments:

Post a Comment