10 December 2012

Cipta Kalendar Guna Publisher



Cara-Cara Buat Calendar dalam Publisher

cara membuat kalendar microsoft publisher
  • Kalendar merupakan benda pakai dan hiasan dinding yang dimiliki oleh setiap rumah dan pejabat. Penggunaan kalendar bukan hanya untuk tujuan mengetahui waktu saat ini dan merancang aktiviti esok hari. 
  • Saat ini kalendar menjadi media yang tepat untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan sebuah syarikat. Anda pun boleh berkreasi membuat kalendar yang lebih personal dengan memaparkan koleksi gambar peribadi. Bagaimana cara membuat kalendar peribadi yang unik? 


Anda tidak perlu menempah pembuatan kalendar kepada sebuah syarikat percetakan. Selain alasan mereka tidak melayani pembuatan kalendar yang hanya berjumlah satu atau dua buah naskhah, kos yang akan anda keluarkan juga akan membengkak.Mujurlah terdapat aplikasi pada Microsoft Office Publisher 2007 yang boleh anda gunakan untuk membuat kalendar peribadi. Bagaimana cara membuat kalendar menggunakan Microsoft Office Publisher 2007?

Cara Membuat Kalendar Menggunakan Microsoft Office Publisher 2007

Langkah-langkah membuat kalendar personal menggunakan Microsoft Office Publisher 2007 adalah seperti berikut:

  1. Nyalakan komputer Windows anda dan pilih Start.
  2. Selanjutnya pilih All Programs.
  3. Kemudian pilih menu Microsoft Office Publisher 2007. Secara default, monitor akan membuka paparan Getting Started with Microsoft Office Publisher 2007 pada halaman Popular Publication Types.
  4. Terdapat banyak pilihan menu di bahagian tengah monitor. Mulai dari aplikasi membuat Brochures, Business Cards, Flyers, Greeting Cards, Labels, Newsletter, Postcards, hingga menguruskan Web Sites.Kerana kita akan membuat kalendar maka pilih ikon Calendars. Klik ikon tersebut dua kali.
  5. Muncul pilihan Design Calendars. Terdiri dari Full Page, Wallet Size, dan Blank Sizes. Selain itu, terdapat pilihan saiz kertas yang boleh digunakan. Misalnya A-ONE, Avery A4/A5, Avery US Letter, C-Line Products Inc., Dan Herlitz PBS AG. Contohnya, anda lebih suka layout kalendar menggunakan tema Travel. Klik ikon Travel dua kali.
  6. Secara default, bulan kalendar yang ditunjukkan adalah sama dengan saat kita membuat kalendar.Contohnya ketika ini bulan April 2012.
  7. Selanjutnya, anda boleh berkreasi dengan menukar imej (image) dan mengubah jenis huruf (font) yang digunakan. Gambar di dalam kalendar boleh ditambah, diganti, atau bahkan dikurangkan mengikut selera anda.


Bila tidak suka themes Travel, anda boleh menukar tema kalendar dengan cara klik Change Template pada kotak dialog Format Publication yang ada di sidebar kiri. Aplikasi Microsoft Office Publisher 2007 ini membolehkan anda berkreasi secara bebas untuk membuat kalendar peribadi yang menarik.

No comments:

Post a Comment