18 December 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu Ke-14

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pada minggu ini yang merupakan sesi terakhir pembelajaran saya telah ditugaskan untuk membuat assigment tentang Belanjawan persendirian dengan menggunakan open office Calc.Selain itu,kami juga telah mempelajari tentang cara-cara  membuat gred pelajar dengan menggunakan microsof excel.Sebelum membuat assigment tersebut saya mesti mengetahui tentang fungsi-fungsi yang terdapat dalam open office Calc.

Sebelum itu,saya ingin menyatakan fungsi open office calc iaitu mengira,menganalisis,dan membuat data dalam laporan-laporan berangka atau grafik.Program ini memudahkan pengguna untuk memanipulasi data-data mentah yang biasanya berupa tagulasi data menjadi sebuah laporan data yang menarik dan mudah difahami kerana ditampilkan menjadi grafik yang menarik.

Tujuan belanjawan ini dilakukan adalah kerana untuk mengetahui jumlah yang telah dibelanjakan sepanjang tahun iaitu dalam tempoh 1 tahun.Kita juga dapat merancang perbelanjaan dengan baik.Belanjawan yang kita buat adalah berdasarkan pendapatan yang diperolehi dan perbelanjaan setiap tahun.


 Cara-cara untuk membuat Belanjawan tersebut adalah :



Buka Open office.org dan pilih pada Calc

    Masukkan perbelanjaan di dalam kotak tersebut.
    Kotak pertama adalah Tarikh.

    1. Seterusnya,Masukkan belanjawan bulanan kita dalam kotak yang seterusnya.
    2. Sheet 1 dibawah perlu ditukar nama januari 2012 dengan tekan pada kiri tetikus dan pilih rename.
    3. Semua perbelanjaan yang telah dibuat perlu dijumlahkan.Setelah siap sheet 1 atau januari 12 teruskan dengan sheet 2 atau febuari 1
    4. .Baki lepas perlu dibawa ke bulan febuari untuk mengetahui nilai wang kita ada sebenarnya.
    5. Begitulah seterusnya hingga bulan disember 2012.

     

    Assigment seterusnya adalah  8b.Assigment ini adalah dengan menggunakan microsof excell.Microsof Excel digunakan sebagai pengolah kata dan angka,aplikasi sehari-hari ia biasanya digunakan untuk perhitungan akuntasi sederhana.Assigment ini adalah tentang cara menentukan gred pelajar.Cara-cara untuk membuatnya adalah:




    1. Buka microsof office dan pilih microsof excel



    2.Taip nombor pada petak pertama.Seterusnya taip nama pelajar,nama mata pelajaran pada petak sebelah yang seterusnya.Lengkapkan markah pelajar.



    3.Setelah selesai lengkapkan jadual tersebut.Tentukan gred markah para pelajar.Gred yang kita buat mestilah bermula dari markah yang paling rendah dan semakin tinggi atau mengikut tertib semakin menaik.


    4.Seterusnya.menggunakan formula bagi memudahkan dan mempercepatkan kerja.Formula yang kami gunakan adalah
    • Sisipan piawai(STDEV)
    • Purata(average)
    • Markah Maksimum(Max)
    • Markah Minimum(Min)
    Seterusnya adalah membuat graf. Berdasarkan graf ini kita boleh membandingkan setiap subjek sama ada peningkatan atau penurunan yang telah berlaku.

    Akhir sekali,selesai sudah gred yang telah dibuat mesti di muat turun dalam google doc..


    Rujukan;



    No comments:

    Post a Comment